• KPJ News


    Hospital Pakar KPJ Kajang hulur sumbangan pelajar Tahfiz

    08:31AM, 08 June, 2021


    Hospital Pakar KPJ Kajang mengadakan program ziarah kebajikan di Sekolah Tahfiz Al-Kitab, Beranang, Selangor baru-baru ini.

    Pengurus operasinya, Azan Mukminah Saffin berkata, menerusi program tersebut, pihaknya telah menyantuni seramai 30 orang pelajar tahfiz dan penghuninya selain berkongsi rezeki dengan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai, barangan keperluan asas dan pek makanan.

    Tambah Azan, hospital Pakar KPJ Kajang bukan sahaja komited dalam memberikan perkhidmatan perubatan yang terbaik, malah pihaknya bergiat aktif menjalankan tanggungjawab khidmat social (CSR) kepada masyarakat terutamanya golongan yang kurang berkemampuan.

    "Program seperti ini diharapkan dapat memupuk sahsiah kebajikan dan kebaikan di kalangan kakitangannya serta menyuburkan ukhuwah bersama".

    "Semoga bantuan yang diberikan ini dapat mengurangkan bebanan kos kelangsungan hidup dalam keadaan menghadapi gelombang pandemik covid-19 yang masih berlarutan dan memberikan keceriaan kepada pelajar terbabit," ujarnya.

    Sumber : Utusan Malaysia, 8 Jun 2021





    Back News & Events