• KPJ News


    Kaedah merancang keluarga di zaman Covid-19

    03:10PM, 24 November, 2021



    Pandemik COVID-19 bukan sahaja memberi impak besar kepada sektor ekonomi, sosial dan kesihatan negara, malah jumlah kadar kelahiran dilihat meningkat berbanding tahun sebelumnya. Menurut Jabatan Statistik Malaysia, anggaran jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2040 akan meningkat ke 41.5 juta orang. Perancangan keluarga yang betul amat penting dalam usaha untuk membendung peningkatan populasi secara mendadak kerana ia akan menjejaskan pelbagai aspek, terutamanya dari segi isu sosial dan jurang ekonomi.

    Perancangan keluarga di musim pandemik ini amat penting untuk menjaga keselamatan para ibu serta anak. Bukan itu sahaja, perancangan keluarga ini juga penting agar kesejahteraan institusi kekeluargaan dapat dipelihara di masa hadapan. Bersama-sama Dr. Nurezwana Elias, Pakar Perubatan Obstetrik & Ginekologi untuk berkongsi info berkenaan perancangan kehamilan sementara yang bersesuaian untuk anda.

    #kpjkajangcare

    #kpjkajangdekatje



    Back News & Events