• KPJ News


    KPJ Kajang hulur sumbangan barangan keperluan asas kepada asnaf, fakir.

    08:31AM, 30 April, 2021


    SUMBANGAN. Hospital Pakar KPJ Kajang, Selangor menyampaikan pelbagai barangan keperluan asas kepada golongan asnaf dan fakir miskin yang terdiri daripada ahli kariah Masjid Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor di perkarangan masjid berkenaan baru-baru ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Kajang, Rafidah Ahmad berkata, pihaknya telah menjalinkan kerjasama erat dengan pihak pengurusan masjid untuk melancarkan program tersebut.

    "Ini adalah merupakan aktiviti tanggungkjawab sosial korporat (CSR) bersempena bulan Ramadhan".

    "Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurankan bebanan kos hidup dan memberikan kecerian kepada penerimanya," katanya.

    Rafidah berkata, program ini akan diteruskan pada masa hadapan kerana ia juga dapat memupuk hubungan yang baik antara organisasi korporat dengan penduduk setempat.

    Sumber: Kosmo!, 30 April 2021



    Back News & Events