SAMBUTAN KESEDARAN ANTIBIOTIK SEDUNIA 2021

Dalam dunia perubatan moden, penemuan antibiotik merupakan anugerah kepada kesihatan manusia.
Dengan adanya antibiotik serta ubat-ubatan antimikrobial yang lainnya, jangka hayat populasi manusia meningkat dengan dramatik berikutan kekurangan kes kematian akibat jangkitan kuman.
Antibiotik ini merupakan sejenis ubatan yang digunakan untuk membunuh atau membendung penyebaran kuman bakteria.