• KPJ News


    WAKALAH AGIHAN ZAKAT PERNIAGAAN KEDAH MEDICAL CENTRE (KMC) - AGIHAN KHAS COVID-19

    09:34AM, 08 December, 2021


    Kedah Medical Centre (KMC) bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Kerjasama Wakalah Agihan Zakat Kedah Medical Centre di Pusat Haemodialisis Zakat Kedah (PHZK).
    Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif KMC, Puan Norhalida Abdullah dan Pengurus Operasi KMC, Encik Faizuddin Bin Yusof. Turut hadir wakil dari pihak LZNK iaitu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Kedah Bahagian Agihan, Tuan Azizul Rosmadi Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Kedah Bahagian Pentadbiran, Cik Hartini Binti Haliza dan Pengurus Pusat Dialisis Zakat Kedah, Encik Wan Zulfaizi Bin Wan Ahmad.
    Puan Norhalida Abdullah memaklumkan jumlah zakat yang disumbangkan melalui projek Agihan Khas COVID-19 melalui Wakalah Agihan Zakat KMC adalah bernilai RM30,000.00.
    Semoga sumbangan zakat ini dapat memberi manfaat kepada 100 buah keluarga terutamanya mereka yang menerima rawatan di PHZK.




    Back News & Events