Program Jelajah Kesihatan KPJ Klang - Tesco Kuala Selangor
Lebih daripada 300 pengunjung hadir ke Program Jelajah Kesihatan KPJ Klang di Tesco Kuala Selangor yang berlangsung pada 27 dan 28 Mac 2021 lalu. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma, analisis komposisi badan, kaunseling diet dan pendengaran.