• KPJ News


    LE TOUR DE KLUSH

    08:38AM, 21 October, 2023


    21 OKTOBER 2023 | SABTU


    KPJ Kluang Specialist Hospital telah berjaya menyambut kemuncak sambutan istimewa ulang tahun ke-3 Le Tour de KluSH, yang membawa kesemua pihak terlibat dalam perjalanan keretapi yang menyeronokkan dari KTM Kluang ke KTM Segamat. Turut bersama kami dalam jelajah ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah, KPJ Wilayah Selatan, En. Mohd Azhar Abdullah dan Pengurus Besar KPJ Kluang Specialist Hospital, Pn. Nor Arfah Arshad.

    Dalam acara ini, kami telah mengadakan pelbagai aktiviti yang meriah seperti permainan di dalam keretapi, pertandingan mewarna, saringan kesihatan percuma dan pelancaran tiga perkhidmatan baru pada masa akan datang seperti Makmal Jantung, Klinik Petang dan juga Pakej Jelajah Sihat. Kami juga menyediakan vaksin influenza dan suntikan hepatitis B percuma bagi menyokong kesihatan dan kesejahteraan komuniti kami di Kg. Bukit Siput Segamat.

    Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad, Proton AG Autoworld Kluang, Proton ES Team Auto Segamat, Takaful Ikhlas, dan Breast Cancer Support Society (BCSS) Segamat, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Segamat kerana telah bersama-sama kami dalam menjayakan acara ini. Sokongan anda adalah cahaya yang menerangi perjalanan kami dan membolehkan kami menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

    Terima kasih kepada semua yang telah menyertai kami dalam "Le Tour de KluSH" - anda adalah sebahagian daripada keluarga besar KPJ Kluang Specialist Hospital. Bersama, kita berjaya!




    Back News & Events