• KPJ News


    KELAHIRAN BAYI MERDEKA DI HOSPITAL PAKAR KPJ BANDAR MAHARANI

    08:30AM, 01 September, 2021


    MUAR: 31 Ogos 2021 | Selasa – Ketika Negara sedang menyambut Hari Kemerdekaan ke-64, seluruh warga kerja Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani sangat berbesar hati kerana telah menyambut kelahiran dua bayi merdeka di sini.

    Ketua Unit Wad Bersalin 3B Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani, Sr. Nor Farhana Binti Jabar berkata, bayi pertama dilahirkan pada jam 9:35 pagi dan bayi kedua dilahirkan pada jam 12:43 tengah hari. Kedua-dua bayi lelaki tersebut dilahirkan secara normal dan disambut oleh Pakar Perunding O&G Dr. Norhayati Binti Che Soh.

    Sr. Nor Farhana menambah lagi, kelahiran dua bayi merdeka ini sangat dinanti-nantikan selepas 2 tahun ketiadaan bayi merdeka disambut di Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani.

    Ibu kepada bayi pertama, Puan Amirah Ashilah Binti Mastar, dan juga ibu kepada bayi kedua, Nur Fateha Binti Rusli menzahirkan rasa syukur dan bangga atas kelahiran cahaya mata mereka pada hari yang bersejarah bagi semua rakyat Malaysia.



    Back News & Events