• KPJ News


    KPJ Healthcare catat keuntungan, perolehan lebih tinggi

    08:30AM, 20 February, 2019


    KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018 (FY18) meningkat kepada RM179.4 juta berbanding RM162 juta bagi tempoh sama sebelum itu.

    Perolehannya turut menokok kepada RM3.3 bilion berbanding RM3.18 bilion, sebelumnya.

    KPJ menyifatkan peningkatan perolehan itu disumbangkan oleh pertambahan jumlah kunjungan pesakit, bilangan katil dan pembedahan khususnya di KPJ Rawang, KPJ Pasir Gudang dan KPJ Bandar Maharani yang turut mencatat keuntungan lebih tinggi bagi tahun di bawah kajian.- Bernama



    Back News & Events