KPJ News


KPJ Miri menyumbang kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Miri

08:31AM, 18 June, 2021


MIRI: Hospital Pakar KPJ Miri menyumbang peralatan dan bekalan perubatan berjumlah RM30,000 kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Miri baru-baru ini.

Pengurus Besar KPJ Miri Denis Saving Boniface berkata ia merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) hospital itu bagi membantu memerangi penularan wabak COVID-19.

Menurutnya, ia juga sebagai tanda sokongan atas sumbangan semua petugas kesihatan dalam memerangi dan menangani krisis pandemik semasa seiring dengan slogan mereka ‘Care for Life’.

“Sangat penting pada masa yang sukar ini untuk semua industri berkaitan penjagaan kesihatan saling menyokong dan membantu.

“Bantuan seperti ini juga bertujuan membantu pegawai perubatan dan memastikan mereka mempunyai peralatan yang lengkap dalam perjuangan menentang COVID-19.

“Sebagai tanda penghargaan dan sokongan, kami berharap usaha baik ini dapat meringankan beban mereka dan membantu mengekalkan semangat tinggi mereka,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Dalam pada itu, dengan sumbangan ini, Hospital Pakar KPJ Miri juga ingin mengurangkan beban penjagaan kesihatan awam dengan memberikan sokongan yang mencukupi untuk pemeriksaan COVID-19 dan rawatan kesihatan dalam keadaan sekarang.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Hospital Pakar KPJ Miri di talian 085-649999 atau layari laman web https://www.kpjhealth.com.my/miri/.



https://www.utusanborneo.com.my/2021/02/05/kpj-miri-menyumbang-kepada-pusat-kuarantin-dan-rawatan-covid-19-miri



Back News & Events