• KPJ News


    KPJ Pahang bantu mangsa banjir

    08:31AM, 14 January, 2021


    Kuantan: Prihatin nasib mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini, Hospital Pakar KPJ Pahang menyumbang ubat-ubatan, pelitup muka dan cecair pensanitasi tangan, semalam.

    Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pahang, Yasser Arafat Ishak berkata, antara bantuan perubatan diagihkan ialah ubat demam, selesema, krim alergi, vitamin C dan multivitamin.

    Beliau berkata, pelitup muka dan cecair pensantasi tangan turut diberikan bagi memastikan mangsa banjir mematuhi normal baharu ketika berada di PPS sebagai pencegahan penularan wabak Covid-19.

    "KPJ prihatin dengan keadaan dialami mangsa banjir dan bantuan ini diharap membantu mereka.

    "Kami menyumbangkan bantuan itu kepada lima PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Mat Kilau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau, Dewan Penjara Penor, SK Ubai dan SK Cherok Paloh," katanya.

    https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/664151/kpj-pahang-bantu-mangsa-banjir



    Back News & Events