• KPJ News


    PPV hospital swasta di Pahang galakan NGO, orang perseorang jadi sukarela

    08:31AM, 14 June, 2021


    KUANTAN, 14 Jun - Hospital Pakar KPJ Pahang berhasrat mendapatkan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau perseorangan untuk bersama-sama mengendalikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memastikam kelancaran pemberian vaksinasi.

    Ia berikutan pemilihan hospital itu sebagai salah satu hospital yang bertindak sebagai Pusat Pemberian Vaksin Hospital Swasta (PPVHS) di Pahang.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Pakar KPJ Pahang, Yasser Arafat Ishak, kerjasama itu mampu meningkatkan lagi kelancaran proses pemberian vaksin di hospital berkenaan.

    Untuk permulaan, sebanyak 200 dos suntikan sehari akan diberi kepada mereka yang berada dalam senarai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Dalam pada itu, hampir 80 peratus penerima vaksin memberi sambutan yang menggalakkan dengan menghadiri temu janji pemberian vaksin COVID-19 di hospital berkenaan.

    Beliau turut nasihat agar orang ramai sentiasa membantu pasukan barisan hadapan untuk tidak menyebarkan berita tidak benar yang boleh menggugat ketenteraman.

    Tambahnya, seramai 120 kakitangan, bersama empat pegawai perubatan terlibat bagi menjayakan program yang berlangsung ini.

    Artikel Penuh : http://berita.rtm.gov.my/index.php/covid19/28429-ppv-hospital-swasta-di-pahang-galakan-ngo-orang-perseorang-jadi-sukarela



    Back News & Events