• KPJ News


    Banjir di Pahang: Jumlah mangsa berkurangan

    08:31AM, 14 January, 2021


    KETUA Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Pahang, Yasser Arafat Ishak (kanan) menyampaikan bantuan kit perubatan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Mat Kilau, Kuantan. - Foto ASROL AWANG

    KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan kepada 8,869 orang petang ini, berbanding 11,413 pada sebelah pagi tadi.

    Setakat jam 4 petang ini, semua mangsa daripada 2,413 keluarga itu kini ditempatkan di 110 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah.

    Berdasarkan maklumat portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah berkenaan berkurangan daripada 11,413 mangsa membabitkan 3,039 keluarga yang dipindahkan ke 126 PPS, setakat jam 8 pagi tadi.

    Daerah Pekan merekodkan paling ramai mangsa, iaitu 3,315 orang daripada 932 keluarga, diikuti Temerloh dengan 1,455 mangsa daripada 375 keluarga dan Maran dengan 2,075 mangsa membabitkan 599 keluarga.

    Di Kuantan pula, seramai 853 mangsa daripada 192 keluarga direkodkan, Bera dengan 780 mangsa membabitkan 211 keluarga, Lipis dengan 353 mangsa daripada 93 keluarga, Jerantut dengan 34 mangsa daripada 10 keluarga dan Raub dengan empat mangsa daripada satu keluarga.

    Sementara itu, laporan infobanjir.water.gov.my, memaklumkan tiga sungai masih lagi melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Pahang di Serambi, Paloh Hinai, Pekan.


    Artikel Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01...

    2021 © BH, New Straits Times Press (M) Bhd. A part of Media Prima Group



    Back News & Events