• KPJ News


    KPJ Pahang bantu mangsa banjir

    08:31AM, 14 January, 2021


    KETUA Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Pahang, Yasser Arafat Ishak (kanan) menyampaikan bantuan kit perubatan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Mat Kilau, Kuantan. - Foto ASROL AWANG

    KUANTAN: Prihatin nasib mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini, Hospital Pakar KPJ Pahang menyumbang ubat-ubatan, pelitup muka dan cecair pensanitasi tangan, semalam.

    Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pahang, Yasser Arafat Ishak berkata, antara bantuan perubatan diagihkan ialah ubat demam, selesema, krim alergi, vitamin C dan multivitamin.

    Beliau berkata, pelitup muka dan cecair pensantasi tangan turut diberikan bagi memastikan mangsa banjir mematuhi normal baharu ketika berada di PPS sebagai pencegahan penularan wabak Covid-19.

    "KPJ prihatin dengan keadaan dialami mangsa banjir dan bantuan ini diharap membantu mereka.

    "Kami menyumbangkan bantuan itu kepada lima PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Mat Kilau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau, Dewan Penjara Penor, SK Ubai dan SK Cherok Paloh," katanya.

    Artikel Penuh: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/664151/...

    © 2021 Harian Metro, New Straits Times Press (M) Bhd. A part of Media Prima Group.



    Back News & Events