Doctor's Article

Laser Hemorrhoidoplasty (LHP) by Dr Lam Ruey Shyang

Laser Hemorrhoidoplasty (LHP) is an approach used for treatment of advanced haemorrhoids under local, general or spinal anesthesia. The energy of the laser is inserted centrally into the hemorrhoidal node.

There is a direct (30%) and successive shrinkage of the piles (6 weeks to final result).

The controlled laser energy deposition obliterates the nodes from the inside and preserves the mucosa and sphincter structure. The homogenous laser emission from the LHP fiber results in:
  • Closure of the arteries entering the haemorrhoidal cushion
  • Tissue reduction in the haemorrhoidal node
  • Maximum preservation of muscle, anal lining and mucosa
  • Restoration of the natural anatomical structure
The controlled emission of laser energy which applied submucosally, causes the hemorrhoidal mass to shrink. In addition fibrotic reconstruction generates new connective tissue, which ensures that the mucosa adheres to the underlying tissue. This prevents occurrence or reoccurrence of a prolapsed. No foreign materials (clamps) need to be inserted and unlike other procedures, LHP is not associated with any risk of stenosis.

Healing is excellent because, unlike conventional surgeries there are no incisions on stitches.

Access into the hemorrhoid is achieved by entering through a small perianal port. By this approach no wounds are generated in the area of the anoderm or mucosa. As a result the patient experience less post-operative pain and can return to normal activities within a short space of time.

Why Go For Laser Hemorrhoid Surgery?

The process is not too painful for the sufferer

Almost in all the cases hospitalization is not required for laser hemorrhoid surgery; the patient can be discharged the same day.
The process does not involve any steam or smoke so there is no sparking, making it safer too.
Using laser ensures that the bleeding during surgery is minimal. in fact the blood vessels are sealed by the laser.
The tissues around the hemorrhoid are also not damaged. This ensures that there is no tissue death, which when happens can lead to further complications. Thus laser hemorrhoid surgery can actually avoid other medical complications.
Using a wide beam laser, a large swathe tissue can be killed, and a narrow band can be used for cutting. Thus the options are many :
  • Laser hemorrhoid surgery eases the work of the doctor who is operating.
  • Laser hemorrhoid surgery also usually leads to the wound healing faster.
Disadvantages Of Laser Hemorrhoid Surgery

  • The laser equipment that is used in the surgery is quite costly and so this line of treatment may not be available in most places.
  • The doctors and those in the surgical team need to wear special goggles for protection.
  • Laser surgeries have sometimes been known to cause fire.
If there is bleeding during the surgery, the ways of preventing such bleeding can be costlier than other means.

Fibroid by Dr Rabindran Gandhi

Fibroid adalah satu ketumbuhan pada dinding rahim seseorang wanita. Ia adalah satu ketumbuhan yang benign ( bukan kanser). Ia sering berlaku pada wanita yang berumur sekitar 20 hingga ke 50 an. Ia jarang ditemui selepas menopaus.Sebanyak 60-70% wanita mempunyai fibroid dan dalam kebanyakan kes, fibroid ini kecil dan tidak menganggu wanita tersebut. Fibroid ini selalunya dikesan semasa membuat ujian ultrasound atau pemeriksaan perut ( jika saiznya besar). Selalunya fibroid ini berjumlah satu tapi ada kalanya seseorang itu mempunyai lebih dari satu fibroid. Saiz fibroid ini boleh berukuran 1cm sehingga 20 cm. Fibroid ini boleh membesar dengan cepat, perlahan atau kekal pada saiznya.


TANDA TANDA
Selalunya fibroid yang kecil ( kurang dari 4cm) tidak akan menimbulkan apa apa masalah . Kes kes seperti ini , pesakit hanya perlu berjumpa doktor setiap 2 bulan untuk mendapat rawatan susulan. Doktor akan membuat pemeriksaan ultrasound untuk memastikan saiz fibroid tersebut tidak membesar. Fibroid yang besar ( berukuran lebih dari 4cm) boleh menyebabkan seseorang wanita itu mengalami gangguan pusingan haid. Haid itu boleh berpanjangan ( lebih dari 5-7hari) atau menyebabakan pesakit itu mengalami pendarahan yang teruk. Ada kalanya pesakit itu terpaksa menggunakan 1 kotak pad sehari atau menggunakan pampers. Lama kelamaan, disebabkan pendarahan yang banyak ini, pesakit akan pucat, rasa letih, tidak bermaya dan ada kalanya rasa nak pitam disebabkan sel darah merahnya menurun agak mendadak. Dalam kes kes begini, pesakit terpaksa dimasukan ke dalam hospital untuk transfusi darah. Jika fibroid itu besar, ia akan menekan pundi kencing pesakit dan membuat pesakit tersebut rasa kerap kali buang air kecil. Fiboid yang besar juga boleh membuat pesakit merasa sakit belakang.


DIAGNOSIS
Fibroid selalunya dikesan melalui pemeriksaan ultrasound. Semasa menjalani pemeriksaan tersebut kita dapat mengetahui bilangan, saiz dan kedudukan fibroid tersebut pada rahim. Ujian lain yang dapat dibuat adalah pemeriksaan CT scan dan MRI. Kedua dua ujian tersebut dilakukan di Jabatan Radiologi oleh Pakar Radiologi.


RAWATAN
Ubat seperti Provera dan Duphaston boleh digunakan untuk melancarkan pusingan haid pesakit tersebut. Kedua dua ubat ini adalah hormon progesterone. Ubat ini tidak akan membuat fibroid tersebut mengecil atau hilang.
Ubat suntikan seperti Leucrin ( hormone Gnrh) boleh digunakan untuk mengecilkan fibroid yang besar untuk memudahkan pembedahan. Ubat ini juga boleh digunakan apabila sel sel darah merah pesakit adalah rendah. Ubat ini hanya boleh digunakan selama 6 bulan. Antara kesan ubat ini adalah tanda menopaus seperti rasa panas ( hot flushes), berpeluh, susah tidur dan sakit tulang belakang. Jika ubat ini digunakan dalam jangka masa yang lama , tulang-tulang pesakit boleh menjadi rapuh dan lemah ( osteoporosis).


PEMBEDAHAN
Pembedahan selalu disarankan apabila pesakit tersebut tidak boleh diubati dengan mengunakan ubat atau fibroid tersebut lebih dari 4cm. Myomectomy adalah pembedahan dimana dinding rahim dipotong dan fibroid tersebut dicungkil keluar. Dinding rahim tersebut kemudiannya dijahit. Pembedahan ini selalunya disarankan kepada wanita yang muda dan kepada mereka yang
menginginkan anak lagi. Pembedahan hysterectomy adalah pembedahan dimana rahim dan fibroid akan di keluarkan. Pembedahan ini selalunya akan disarankan kepada wanita yang berumur melebihi 45 tahun. Selepas pembedahan ini, pesakit tidak akan mengandung dan haid tidak akan datang lagi kerana rahim mereka telah dikeluarkan. Kedua dua jenis pembedahan ini boleh dilakukan secara laparoskopi. Kaedah laparoskopi adalah kaedah moden untuk pembedahan dengan membuat 3 atau 4 lubang kecil yang berukuran 5-10mm pada dinding perut pesakit.

Endometriosis by Dr Rabindran Gandhi

Endometriosis adalah penyakit sakit puan yang kronik di mana sel sel daripada lapisan dalam rahim dijumpai di tempat lain. Antara tempat dimana sel sel ini dijumpai adalah kilang telur ( ovari), lapisan dalam ruang abdomen (peritoneum), pundi kencing dan usus. Sel sel ini di pengaruhi oleh hormon hormon dalam badan. Sel sel ini akan membesar dan merebak sehingga mereka pecah dan berdarah pada tiap-tiap pusingan haid pesakit. Ini akan menyebabkan tisu tisu di dalam ruang abdomen ini melekat, menjadi tebal dan bertukar kedudukannya.
Endometriosis yang melibatkan kilang telur ( ovari) di panggil Endometriotic Cyst atau Endometrioma. Di dalam cyst ini terdapat darah lama yang berwarna kecoklatan. Darah yang berwarna coklat ini menyebabkan cyst ini dikenali sebagai Chocolate Cyst juga. Cyst ini selalunya berkedudukan di kedua dua kilang telur, di antara rahim dan usus. Cyst ini boleh membesar sampai 10cm. Endometriosis yang melibatkan dinding luar rahim dipanggil Adenomyosis. Disini rahim akan membesar, seperti bentuk buah pear. Setiap kali pesakit ini mengalami haid, rahim ini akan membesar.


TANDA TANDA
Tanda yang paling ketara adalah senggugut. Pesakit akan kerap mengalami senggugut semasa haid. Sakit ini adalah pada bahagian bawah perut, bahagian belakang dan kadang kadang merebak ke bahagian paha pesakit. Penyakit ini akan menjadi semakin teruk setiap hari. Pesakit terpaksa memakan ubat tahan sakit dan terpaksa mengambil cuti rehat dan hanya baring di rumah sahaja. Ada juga setengah pesakit meletakan kain panas diatas perut mereka untuk melegakan kesakitan. Kadang kala kesakitan ini akan bermula sehari sebelum haid.
Satu lagi tanda penyakit endometriosis adalah sakit semasa melakukan hubungan sex. Ada juga pesakit yang mengalami pusingan haid yang berlebihan atau pedarahan antara dua pusingan haid. Pesakit yang mengalami masalah endometriosis ini selalunya mempunyai masalah kesuburan. Ini adalah kerana endometriosis ini membuatkan tiup fallopian tersumbat atau kedudukanya telah bertukar. Dalam situasi begini memang susah untuk persenyawaan berlaku. Kilang telur juga tidak akan mengeluarkan telur seperti yang diingini.


DIAGNOSIS
1. Pemeriksaan Perut- Doktor akan membuat pemeriksaan perut untuk merasai ketumbuhan atau bengkak pada perut. Doktor juga memeriksa perut untuk memastikan lokasi kesakitan tersebut.
2. Pemeriksaan Pelvis- Doktor juga akan melakukan pemeriksaan pelvis kepada perempuan yang dah kahwin. Pemeriksaan ini adalah untuk meniliti dinding faraj dan pangkal rahim . Pemeriksaan ini dibuat dengan menggunakan alat yang dipanggil speculum. Kadang kala kita dapat melihat bintik bintik endometriosis ini pada dinding faraj. Ini adalah masa yang amat sesuai untuk membuat pemeriksaan pap smear.
3. Pemeriksaan Ultrasound- Pemeriksaan ini dapat melihat keadaan rahim pesakit. Jika didapati penyakit Adenomyosis, rahim akan berlihatan lebih besar. Melalui pemeriksaan ini, endometriotic cyst juga dapat dikesan.
4. Pemeriksaan Laparoscopik- Ini adalah cara yang paling berkesan untuk mendapatkan diagnosis penyakit endometriosis. Organ organ dalam ruang abdomen dapat diperiksa dengan teliti. Jika terdapat cyst, pembedahan cystectomy dapat dilakukan sekaligus. Jika terdapat apa apa tisu yang melekat, tisu tisu ini dapat di pisahkan. Pada masa yang sama, kita boleh mempastikan sama ada tiup fallopian tersumbat ataupun tidak.


BILA KENA JUMPA DOKTOR
Apabila senggugut itu bertambah sehingga menjejaskan kehidupan harian kita atau apabila ubat tahan sakit tidak berfungsi lagi adalah lebih baik kita pergi berjumpa dengan doktor. Jika kita rasa abdomen kita mengembang adalah wajar untuk kita membuat pemeriksaan ultrasound.


RAWATAN
1. Ubat Tahan Sakit- Ubat tahan sakit selalunya digunakan untuk senggugut. Ubat ini adalah untuk menghilangkan kesakitan dan bukan sebagai rawatan penyakit endometriosis. Ubat tahan sakit dengan dos yang tinggi boleh menyebabkan kita mendapat gastrik.
2. Pil Perancang - Pil ini boleh digunakan untuk mengurangkan senggugut. Kebaikan pil ini adalah untuk melancarkan haid dan mengurangkan pendarahan haid.
3. Gonadotrophin Releasing Hormone - Ubat ini digunakan sebulan sekali untuk 3-6 bulan. Ubat ini akan disuntik dan pesakit tidak akan mengalami haid sepanjang pengambilan ubat ini. Tisu tisu endometriosis akan mengecut semasa rawatan dengan ubat ini. Semasa mengunakan ubat ini pesakit mengalami peluh yang banyak, badan panas, sakit tulang dan susah tidur. Symptomnya sama seperti menopaus ( putus haid). Ubat ini tidak boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang kerana risiko tulang akan jadi lemah ( osteoporosis).
4. Medroxyprogesterone (Depo Provera) - Ubat hormone progesterone ini akan disuntik untuk menghalang endometriosis daripada merebak. Ia juga akan mengurangkan kesan sakit endometriosis.
5. Pembedahan - Untuk kes endometriotic cyst, pembedahan laparoscopic cystectomy disarankan. Cara pembedahan ini akan mengurangkan tisu tisu daripada melekat. Kes kes Adenomyosis atau endometriotic cyst yang berulang, pembedahan hysterectomy dinasihatan kepada yang mempunyai anak. Ini selalunya pilihan terakhir kepada pesakit .