• KPJ News


    Rawatan Laser Untuk Buasir

    01:52PM, 21 November, 2023


    Apakah itu buasir? Buasir yang juga dikenali sebagai hemorrhoid adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak.

    Antara simptom buasir ialah mengalami pendarahan melalui dubur atau terdapat bonjolan di dubur. Pesakit yang mempunyai sembelit, melakukan kerja kerja berat, perempuan mengandung and pesakit yang sudah berumur.

    Rawatan biasa untuk menangani buasir boleh menyebabkan masalah inkontinensia (incontinence) iaitu pesakit tidak boleh atau sukar untuk menahan angin atau najis daripada keluar melalui dubur. Ia menyebabkan kesukaran untuk menjalankan aktiviti sosial atau solat berjemaah kerana terkentut atau najis terkeluar selepas menjalani rawatan secara konventional. Rawatan penyakit buasir dapat menyelesaikan masalah buasir tanpa komplikasi inkontinensia atau incontinence.

    Terdapat beberapa cara rawatan untuk buasir. Ini termasuklah mengambil ubat-ubatan pada peringkat awal dan pembedahan konventional (hemorrhoidectomy). Pembedahan konventional ini dilakukan di bawah anestesia umum dan mempunyai komplikasi yang rendah. Selain daripada itu, kaedah stapler adalah alternatif kepada rawatan hemorrhoidectomy. Sejenis stapler khas digunakan bagi memastikan vena yang bengkak itu kekal di tempatnya dan tidak beralih atau menonjol ke luar dubur. Rawatan laser juga boleh dilakukan dan dibuat di dalam dewan bedah dan pesakit akan dibius. Wayar laser akan dimasukkan ke dalam buasir dan buasir akan dilaserkan supaya ia mengecut.

    Selepas rawatan, sakit selepas pembedahan adalah minima tidak seperti pembedahan konventional. Buasir peringkat awal akan terus mengecut dan tidak kelihatan manakala buasir yang sudah besar atau peringkat lewat (tahap tiga atau empat) akan mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk tidak kelihatan.

    Walaupun proses pengecutan memakan sedikit masa ianya penting untuk mengekalkan fungsi dubur untuk mehanan angin dan najis seperti sediakala. Memakan ubat mengikut nasihat doktor, melakukan rendaman (sitz bath) and rawatan ais bagi mempercepatkan pengecutan buasir and mengelakkan sembelit adalah penting bagi semua pesakit.

    Antara punca kepada buasir ialah sembelit. Pencegahan penyakit sembelit adalah amat penting bagi mengurangkan risiko untuk mendapat buasir. Antara langkah pencegahan buasir yang boleh diambil ialah dengan melebihkan pemakanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin selain daripada mengurangkan pengambilan makanan pedas. Banyakkan minum air kosong serta elakkan perut daripada berangin dan kembung.

    Artikel dari  Kol (B) Dr Mohd Wazir bin Mohd Azzam



    Back News & Events