• KPJ News


    Hospital Pakar KPJ Wilayah Selatan Sambut Lapan Bayi Merdeka

    10:52AM, 01 September, 2023


    Johor Bahru, 31 Ogos 2023 : Seramai lapan orang Bayi Merdeka telah dilahirkan di lima buah Hospital Pakar KPJ Wilayah Selatan. Masing-masing dua orang di Hospital Pakar KPJ Puteri, KPJ Johor dan KPJ Bandar Dato‘ Onn. Manakala seorang KPJ Pasir Gudang dan KPJ Kluang.

     

    Di Hospital Pakar KPJ Puteri, keterujaan seorang ahli perniagaan, Al Amin Ahmad,36 dan isteri Inul Arasia Banu Meeran Maideen,32, menyambut kelahiran puteri ke-empat pada tarikh keramat, 31 Ogos secara normal.

     

    “Isteri dijangka bersalin 2 September, tapi saya memang berharap lahir pada 31 Ogos. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan. 

     

    “Rasa sangat gembira, bersyukur, menjadi kenangan yang indah kerana jatuh pada hari yang istimewa,”kata Al Amin selepas kelahiran bayi yang disambut Doktor Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Laila Shikh A Rahman.

     

    Terdapat seramai 19 orang pakar perbidanan dan sakit puan bertugas di tujuh buah Hospital Pakar KPJ di negeri Johor, 18 orang doktor pakar kanak-kanak dan lebih 20 buah bilik bersalin yang mampu untuk menarik ramai pelanggan untuk melahirkan bayi mereka di hospital pakar milik KPJ Healthcare di negeri Johor.

     

    Terdahulu, KPJ Healthcare Wilayah Selatan telah dianugerahkan “Anugerah Destinasi Pelancongan Perubatan dan Kesihatan Terbaik Johor“ oleh Johor Toursim bersempena dengan Majestic Johor 2023 yang diadakan di Hotel Fraser Place, Iskandar Puteri. Anugerah telah disampaikan oleh YB Tuan K. Raven Kumar A/L Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor.



    uploaded picture



    Back News & Events