• KPJ News


    Jururawat Tanam Pokok Bakau, Selamatkan Bumi

    04:24PM, 22 May, 2023


    PONTIAN, 20 Mei 2023- Sempena Hari Jururawat Antarabangsa yang disambut pada 12 Mei setiap tahun, Hospital Pakar KPJ Puteri menganjurkan aktiviti tanggunjawab sosial korporat (CSR) menerusi program penanaman semula pokok paya bakau di Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian, Johor.

    Program seiring dengan tema sambutan Hari Jururawat Antarabangsa ‘Our Nurses, Our Future’ (Jururawat Kami, Masa Depan Kita), pihak pengurusan KPJ Puteri mengambil inisiatif mengadakan aktiviti luar dengan tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

    Seramai 40 jururawat dari menanam 250 pokok bakau di pinggir laut Tanjung Piai berdekatan dengan Taman Negara Tanjung Piai bagi melestarikan alam sekitar sekaligus menyelamatkan bumi dari hakisan.

    Turut hadir , Ketua Pegawai Eksekutif Hospital KPJ Wilayah Selatan, Azhar Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Puteri, Hazarul Azly Hamzah dan Ketua Jururawat, Faridah Dawek.

    Turut diadakan program kesedaran pembersihan dan pengindahan kawasan paya bakau dengan CSR sebanyak 79kg sisa dalam bentuk botol plastik, tin minuman, selipar, cebisan plastik dan tali berjaya dikumpulkan dalam tempoh satu jam. 

    Aktiviti ini juga adalah kesinambungan Program Kelestarrian (Sustainability Program) hospital yang sebelum ini menghentikan penggunaan plastik, menjimatkan tenaga sistem penyejuk yang tidak efisyen, penggunaan sistem e-waste.



    Back News & Events