• KPJ News


    KPJ Sabah Kongsi Bersama: Pengagihan Bubur Lambuk Buat Barisan Hadapan

    08:31AM, 04 May, 2021


    Program Semarak Sinar Ramadhan #kongsibersama tahun ni dimulakan dengan pengagihan Bubur Lambuk kepada barisan hadapan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Negeri Sabah, Hospital Queen Elizabeth 1, Hospital Queen Elizabeth 2, dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

    Ramadhan kali ini juga, KPJ Sabah berjaya mengedarkan Bubur Lambuk kepada syarikat korporat, kedutaan negara asing, sekolah tahfiz dan juga klinik-klinik swasta sekitar Kota Kinabalu.

    Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga kerja KPJ Sabah Specialist Hospital kerana menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga kepada Sazarice Sdn Bhd dan Adabi Sabah kerana menaja program ini.



    Back News & Events