• KPJ News


    KPJ Sabah laksana ceramah kesihatan kepada Kumpulan KTS

    06:57PM, 29 July, 2022


    KOTA KINABALU: KPJ Sabah Specialist Hospital baru-baru ini telah mengadakan ceramah kesihatan kepada Kumpulan KTS yang juga merupakan salah satu pelanggan korporatnya. 


    Ceramah kesihatan diadakan khusus kepada Kumpulan KTS Sabah adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 syarikat berkenaan.


    Pegawai Perubatan Residen KPJ Sabah Dr Felix Chong telah menyampaikan ceramah berkenaan yang dihadiri oleh pasukan pengurusan kanan Kumpulan KTS.


    Katanya, ceramah memberi tumpuan terhadap kepentingan mengamalkan kehidupan sihat serta pentingnya untuk mendapatkan saringan kesihatan secara berkala.


    Menurutnya, para peserta juga dimaklumkan mengenai beberapa jenis serta elemen dalam saringan kesihatan.


    "Kesihatan adalah pelabuaran terbaik anda kerana kesihatan adalah paling penting dalam diri masing-masing," katanya.


    Ceramah yang diadakan sangat memberi manfaat serta kesedaran, sekali gus melihat ramai dalam kalangan peserta akan menghantar para kakitangan kanannya untuk melakukan saringan kesihatan. 


    Ceramah kesihatan berkenaan merupakan program utama diadakan oleh KPJ Sabah kepada Kumpulan KTS.


    Ia merupakan salah satu aktiviti diadakan sempena ulang tahun ke 60 syarikat terbabit.


    KPJ Sabah juga ingin melihat lebih banyak kerjasama seumpamanya dengan Kumpulan KTS pada masa hadapan. - Utusan Borneo Online



    Back News & Events