• KPJ News


    KPJ Sabah mudahkan akses rawatan pesakit kanser

    03:41PM, 01 February, 2023


    KOTA KINABALU: Pusat Kanser Hospital Pakar KPJ Sabah mewujudkan akses lebih mudah bagi rawatan kepada pesakit kanser di negeri ini.

    Menurut kenyataan KPJ Sabah, perkhidmatan itu adalah pusat kanser swasta pertama yang diwujudkan di negeri ini.

    Katanya, pusat kanser yang mula beroperasi sejak tahun 2013 lalu adalah yang paling komprehensif bagi rawatan penyakit tersebut.

    “Pusat itu menyediakan spektrum penuh rawatan kanser seperti radioterapi, kemoterapi, terapi sasaran biologi, terapi hormon dan penjagaan paliatif.

    “Kami juga menyediakan rawatan radioterapi dan kemoterapi berkualiti tinggi bagi menangani kes kanser yang semakin meningkat di Sabah,” katanya.


    Beliau berkata, pihaknya juga turut menerima pesakit daripada luar negara untuk menjalani rawatan di pusat kanser tersebut.

    Menurutnya, semua pasukan perubatan di pusat ini adalah dalam kalangan profesional dan bersedia melayani pesakit dengan baik.

    “Pusat ini mempunyai lima pakar dalam pelbagai bidang rawatan termasuklah Onkologi Residen, Pakar Sakit Puan dan Pakar Hematologi.

    “Sejak pusat ini beroperasi, sebanyak 7,336 kes rawatan kemoterapi dan 1,005 kes radioterapi sudah dilakukan,” katanya. - Utusan Borneo



    Back News & Events