• KPJ News


    KPJ Sabah rai Tahun Baharu Cina bersama pengunjung dan pesakit

    03:47PM, 01 February, 2023


    KOTA KINABALU: Pesakit serta para pengunjung Hospital Pakar KPJ Sabah menerima hadiah berbentuk limau mandarin serta 'small delight jar' sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2023 yang diadakan di sini baru-baru ini.

    Hospital Pakar KPJ Sabah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya turut menyampaikan hadiah istimewa kepada bayi-bayi yang lahir pada perayaan terbabit.

    "Acara seumpamanya telah menjadi tradisi kepada hospital ini setiap tahun dan ianya bukan sahaja Tahun Baharu Cina tetapi juga perayaan-perayaan lain yang disambut di negeri ini," katanya.

    Dalam sambutan yang diadakan itu, para pengunjung turut dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian singa yang diadakan bermula dari kawasan parkir.

    Acara Yee Sang juga disempurnakan oleh para pengurusan kanan hospital termasuk perunding-perunding kesihatan serta kakitangan yang lain.

    Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Hospital Pakar KPJ Sabah Prof Datuk Dr. Ajaz Ahmad Nabijan dan disaksikan oleh Pengurus Kanan Hospital Pakar KPJ Sabah Mohamad Faizal Mohamed serta tetamu kehormat yang lain. - Utusan Borneo



    Back News & Events