• KPJ News


    KPJ Selangor gerakkan pemberian suntikan vaksin untuk warga emas terlantar -Astro Awani

    08:31AM, 15 June, 2021


    SHAH ALAM : Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telahpun memasuki fasa kedua yang menumpukan kepada golongan berisiko tinggi dan warga emas.


    Namun begitu, tidak dapat dinafikan program itu perlu digiatkan lagi dalam memastikan tiada golongan yang tercicir daripada mendapatkan vaksin COVID-19.

    Menyedari hakikat itu, Hospital Pakar KPJ Selangor yang merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dilantik mula menggerakkan usaha agar pesakit terlantar yang memerlukan rawatan dan penjagaan khas, dan telah mendapat janji temu vaksinasi di KPJ Selangor dalam aplikasi MySejahtera, dibantu bagi memperolehi suntikan vaksin COVID-19.





    Back News & Events