ANEMIA
Apa itu anemia? Anemia adalah satu keadaan di mana pesakit kekurangan sel darah merah untuk membawa oksigen yang mencukupi ke tisu badan pesakit. Pesakit anemia akan cepat berasa letih dan lesu. Penyakit anemia kini seakan sudah menjadi penyakit yang lazim dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama kanak-kanak dan para wanita. Pengambilan kopi, teh dan susu perlu dikawal kerana minuman-minuman ini boleh menjadi penghalang penyerapan zat besi.
Zat besi antara penawar kepada penyakit anemia. Makanan tambahan zat besi sangat membantu dalam menangani anemia. Tetapi makanan tambahan zat besi ini akan lebih berkesan jika diambil sewaktu perut kosong. Sekiranya terdapat ketidakselesaan atau kepedihan perut, ia boleh dimakan selepas makan. Anemia yang tidak dirawat boleh menjadi teruk dan dan menjejaskan rutin harian.
Risiko kekurangan zat besi atau anemia lebih terdedah kepada golongan wanita. Mengapa wanita lebih berisiko?
1. Kehamilan. Wanita yang hamil memerlukan lebih banyak sel darah merah, zat besi dan khasiat lain untuk merangsang pembesaran bayi dalam perut. Apabila ini terjadi, sel darah merah akan lebih terarah kepada bayi dan bukan kepada ibu.
2. Haid. Darah haid berlebihan menyebabkan kehilangan darah merah
3. Ketumbuhan. Ketumbuhan seperti fibroid sering didapati dalam kalangan wanita. Ini turut menjadikan wanita terdedah kepada risiko anemia.
Diet Yang Sesuai Mengatasi Masalah Anemia
1. Sayur Berdaun Hijau
2. Kacang
3. Tiram
4. Daging merah
5. Ikan
6. Jus buah-buahan sitrus atau buah-buahan sitrus
KURANGKAN pengambilan teh atau kopi kerana ianya akan menjejaskan penyerapan zat besi dalam sistem tubuh badan.