• KPJ News


    Info Sihat : Sakit Kepala

    08:31AM, 06 July, 2020


    Sakit Kepala


    Sakit kepala sering dianggap sebagai penyakit biasa dan akan hilang selepas beberapa ketika. Tidak dinafikan juga sebahagian keadaan sakit kepala adalah tidak merbahaya atau memudaratkan. Namun, terdapat juga beberapa situasi di mana sakit kepala akan menjadi berbahaya sehingga menjejaskan rutin harian dan memudaratkan jika tidak ditangani dengan segera.


    Berikut kami kongsikan jenis-jenis sakit kepala bagi rujukan anda:


    1. SINUS. Sakit di sekitar mata, tulang pipi, dahi dan batang hidung. Sakit sinus akan menjadi lebih teruk apabila anda baring secara mengereng atau bergerak secara mengejut. Sinus terjadi berpunca daripada jangkitan atau perubahan tekanan udara dalam rongga sinus.


    2. Tension. Sakit di bahagian hadapan kepala, terasa seperti kepala diikat ketat dan dihimpti. Tension tidak terjadi daripada aktiviti fizikal anda dan tidak membuat sakit bertambah teruk. Tension berlaku akibat stress, kekurangan air dan otot tegang


    3. Migrain. Sakit berdenyut disebelah kepala dengan tekanan di belakang mata. Loya, kabur mata. Migrain akan menjadi lebih teruk jika melibatkan aktiviti fizikal atau pergerakan. Pesakit yang berhadapan dengan migrain akan menjadi sensitif dengan cahaya terang dan bunyi bising


    4. Cluster. Sakit di sebelah muka, kepala dan mata. Pesakit yang berhadapan dengan cluster digalakkan untuk kekal duduk. Baring akan membuat kan sakit cluster bertambah teruk. Cluster berpunca dari hidung atau air mata tersumbat.


    Semua orang dinasihatkan minum air dengan kerap untuk mengekalkan hidrasi dalam tubuh badan. Jika mula terasa sakit di bahagian kepala, rehatkan kepala anda sama ada kekal duduk, sandarkan kepala anda ataupun baring (jika bersesuaian). Dapatkan nasihat daripada pakar jika sakit kepala berlarutan lebih daripada 2 hari.


    KPJ Seremban turut mempunyai pakar saraf iaitu Dato Dr Marina dimana anda boleh dapatkan pemeriksaan dengan lebih terperinci. Untuk temujanji, boleh layari di www.kpjhealth.com.my atau hubungi terus di talian +06 768 6000



    Back News & Events