• KPJ News


    Keburukan Makan Lewat Malam

    08:31AM, 18 July, 2020


    Budaya makan di Malaysia kian berubah kebelakangan ini. Makanan semakin mudah didapati walaupun pada lewat malam. Kini terdapat satu trend di mana rakyat Malaysia gemar untuk makan pada lewat malam melebihi jam 9 malam dan mereka gemar untuk makan di luar berbanding menyediakan makanan sendiri di rumah. Dan semakin banyak kedai-kedai dibuka untuk memenuhi keinginan rakyat Malaysia untuk makan pada lewat malam seperti kedai-kedai tomyam dan sebagainya.



    Trend makan lewat malam ini juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada institusi kekeluargaan. Anak-anak akan terikut dengan kelakuan ibu bapa yang gemar makan di lewat malam justeru menjurus kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak juga tidak dapat belajar pengawalan jumlah pengambilan makanan.


    Apabila perut anda terasa lapar pada lewat malam, kami nasihatkan untuk minum air mineral terlebih dahulu. Sekiranya dalam 20 minit anda masih terasa lapar, barulah boleh mencari makanan. Kami galakkan supaya anda ambil makanan yang berkhasiat berbanding makanan segera seperti buah-buahan, kekacang, dan protein ringkas seperti telur dan ayam yang dipanggang.






    Back News & Events