• KPJ News


    Kepentingan Kebersihan Bantal (Busuk)

    08:31AM, 18 July, 2020


    Manusia menghabiskan sekurang-kurangnya 1/3 dari kehidupan seharian dengan TIDUR. Oleh itu, sangat penting bagi kita sebenarnya dalam memastikan persekitaran sewaktu tidur kita sentiasa berada dalam keadaan bersih lebih-lebih lagi BANTAL kita. Kita seringkali terlepas pandang kebersihan bantal kita kerana kegunaan bantal sering disertakan dengan sarung bantal, jadi sudah menjadi kebiasaan apabila kita hanya membasuh sarung bantal sahaja tanpa membersihkan bantal.


    empty white and gray bed set

    Kegunaan bantal sangat kritikal. Selepas beberapa waktu, bantal akan mengumpulkan sisa sel-sel kulit manusia, air liur, debu hama dan pelbagai lagi jenis bakteria. Sisa sel kulit akan menjadi makanan kepada hama dan kutu kecil. Kutu kecil pula akan mencetuskan masalah kesihatan lain pula jika tidak dihiraukan seperti batuk, selesema, alahan dan juga penyakit-penyakit yang melibatkan kulit.


    SleepDeals *DEAL ALERT*


    Antara langkah kebersihan yang perlu diambil ialah:


    1. Kerap menukar sarung bantal. Sediakan lebih dari 3 sarung bantal. Gunakan satu set sarung bantal selama 1 hingga 2 minggu sahaja. Kemudian sarung bantal tersebut perlu dibasuh dan ditukar dengan sarung bantal yang lain pula. Begitulah seterusnya untuk sarung bantal yang lain tersebut. Jadikan satu rutin mingguan untuk menukar sarung bantal yang berbeza bagi mengekalkan kebersihan sarung bantal. Sarung bantal yang tidak bersih juga boleh menjadi salah satu faktor muka berjerawat.


    2. Basuh sarung bantal secara rutin. Jadikan amalan membasuh sarung bantal secara rutin. Sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Jemur dibawah sinaran matahari untuk membunuh kuman dan bakteria yang terdapat di sarung bantal. Pada masa kini juga terdapat perkhidmatan yang menawarkan pembersihan pakaian yang amat berkesan yang boleh dijadikan satu pilihan sekiranya terdapat kekangan masa.


    Sentiasalah menjaga kebersihan secara menyeluruh dan peka terhadap kawasan-kawasan yang sering terlepas pandang. Kerana perkara-perkara seperti ini boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit yang tidak diingini.




    Back News & Events