• KPJ News


    Kesihatan Mata

    08:31AM, 06 July, 2020


    Terdapat beberapa jenis rabun:


    1. Rabun Jauh (Myopia).

    - Objek dekat boleh dilihat dengan jelas tetapi objek jauh menjadi kabur.

    - Murid sekolah tidak dapat melihat tulisan di papan hitam dengan jelas.

    - Kanak-kanak mungkin akan mengecilkan mata apabila cuba melihat objek yang jauh.

    - Kanak-kanak mungkin meletakkan buku dekat ke muka ketika membaca


    2. Rabun dekat (hyperopia)

    - Objek dekat menjadi kabur tetapi objek jauh boleh dilihat dengan jelas.

    - Kanak-kanak mengalami masalah ketika membaca atau menulis.

    - Kanak-kanak mungkin akan mengadu mata menjadi penat dan sakit kepala setelah membaca selama beberapa jam.

    - Kanak-kanak dengan rabun dekat juga boleh mengalami juling.


    3. Rabun Silau (Astigmastism)

    - Objek dekat dan jauh kelihatan tidak sempurna dan kabur.

    - Kanak-kanak akan mengadu mata menjadi penat dan sakit kepala.

    - Penglihatan yang kabur ini mungkin lebih serius dalam arah yang tertentu sahaja.

    - Kanak-kanak biasanya boleh melihat garisan menegak lebih jelas dari garisan melintang, atau kadang-kala sebaliknya.


    Apakah rawatan kepada rabun mata? Untuk keterangan lanjut boleh berjumpa dengan pakar mata kami Dr Noriman Sulaiman dengan membuat temujanji dengan klik di bahagian 'Find Doctors'



    Back News & Events