• KPJ News


    KPJ jalin kerjasama dengan MAINS & kariah Masjid Jamek Seremban anjur Program Qurban 2023

    11:09AM, 01 July, 2023


    SEREMBAN, 1 Julai 2023. – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Hospital Pakar KPJ Seremban berkolaborasi dengan Kariah Masjid Jamek Seremban & Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menganjurkan program sembelihan ibadah korban. Turut hadir Encik Mohamad Sofian bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif & Pegawai MAINS Daerah Seremban, Che Som Omar.
    KPJ Seremban menyumbang sebanyak tiga ekor lembu untuk agihan seramai 50 orang asnaf dan penduduk setempat di sekitar kariah Masjid Jamek Seremban. MAINS turut menyumbang saguhati kepada asnaf yang hadir. Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Seremban, Encik Mohamad Sofian Ismail berkata Program ini bertujuan menjalin hubungan yang lebih erat antara KPJ Seremban dan komuniti daerah Seremban.
    Tambahnya program ini adalah salah satu program Kelestarian Korporat KPJ Seremban yang bertujuan sebagai sumbangan kepada masyarakat seterusnya mendekatkan organisasi dengan orang ramai disamping memberi manfaat kepada penerima. Ini merupakan tahun ketiga program seumpama ini dilaksanakan dan ianya mendapat sambutan yang agak mengalakkan daripada doktor pakar & warga pekerja KPJ Seremban. Seramai 50 orang anggota pekerja KPJ Seremban terlibat dalam proses penyembelihan, pembungkusan dan pengagihan daging qurban selain dibantu oleh ahli kariah Masjid Jamek Seremban dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.



    Back News & Events