• KPJ News


    Penyakit Jantung Koronari

    08:31AM, 24 July, 2020


    Arteri koronari adalah saluran darah yang memakan otot jantung anda. Jika arteri mengeras dan sempit, otot jantung anda tidak mendapat darah yang diperlukan untuk bekerja dengan baik. Penyakit jantung koronari boleh menyebabkan serangan jantung.


    Penyakit ini berpunca daripada penompokan plak, bahan-bahan melekit seperti makanan berkolestrol tinggi dan berlemak. Lemak akan tersekat sedikit demi sedikit di bahagian arteri jantung anda dan seterusnya mengurangkan aliran darah. Penompakan plak yang terkumpul, apabila pecah akan membentuk darah beku yang boleh menyekat kebanyakan atau semua aliran darah ke otot jantung.


    Terdapat beberapa cara untuk anda mengesan Penyakit Jantung Koronari, antaranya ialah :


    1. ECG (Elektrokardiogram)

    ECG merakamkan aktiviti elektrikal yang dikeluarkan oleh otot-otot jantung. Ia dirakam melalui wayar dan pelekat khas yang dilekatkan di kawasan dada pesakit. Melalui mesin ini, doktor atau pakar jantung dapat melihat graf nadi jantung lalu dapat mengesan jika jantung mempunyai masalah.



    2. X-ray

    X ray dada dibuat untuk mengetahui saiz jantung dan untuk melihat kesan pada paru-paru yang boleh berlaku akibat penyakit jantung.



    3. Stress Test (Ujian stress)

    Ujian tekanan senaman atau lebih dikenali sebagai Exercise Stress Test (EST) merupakan ujian saringan jantung yang 'non-invasive' iaitu prosedur yang tidak melibatkan alat-alat yang tidak memecahkan kulit atau barangan fizikal memasuki tubuh badan anda.


    Ujian EST membolehkan doktor menentukan keupayaan fizikal seseorang, mempamerkan rentak jantung yang tidak normal dan menentukan risiko keseluruhan sebelum sesuatu pembedahan dilaksanakan. Pesakit akan dilekatkan dengan pelekat yang sama seperti ECG, dan diminta untuk berdiri di atas mesin larian dan doktor akan bermula dengan kelajuan yang paling minimum dan pada kecondongan yang landai. Doktor kemudian akan menambahkan kelajuan sedikit demi sedikit serta meningkatkan kecondongan untuk menguji keupayaan jantung anda. Sehingga lah beberapa tahap, atau sehingga pesakit tidak dapat bertahan pada tahap tertentu, doktor dapat melihat prestasi jantung anda dan dapat mengesan sekiranya jantung anda mempunyai komplikasi atau tidak.



    4. Echocardiography

    Ultrasound yang boleh memperlihatkan struktur anatomi jantung dan fungsinya. Ujian ini boleh mengesan kerosakan atau kecacatan pada otot atau pintu injap jantung.


    5. Angiography

    Sejenis tiub yang dimasukkan ke dalam saluran darah dari atas bahagian peha dan dimasukkan sehingga berdekatan dengan pembuluh koronari. Ini untuk mengesan saiz kesempitan saluran darah koronari.


    6. Ujian darah

    Faktor-faktor yang meningkatkan risiko bagi menghidap penyakit jantung koronari seperti penyakit diabetes dan kolestrol tinggi.




    Back News & Events