• KPJ News


    Penyerahan Pelitup Muka Di Sekolah-Sekolah

    08:31AM, 23 March, 2021


    Encik Mohamad Sofian bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Seremban menyampaikan sumbangan sebanyak 5,000 pelitup muka kepada beberapa Guru Besar sekolah di Seremban pada 22 Mac 2021 yang lalu.

    Antara sekolah awal yang terlibat di dalam program ini adalah Sekolah Kebangsaan St Paul,Seremban ,
    Sekolah Kebangsaan Puteri dan SK Seri Kelana baki sebanyak 15,000 pelitup muka akan diagihkan kepada beberapa sekolah di dalam masa terdekat.

    Seperti yang ramai sedia maklum, dalam keadaan negeri kita yang masih belum bebas sepenuhnya dari penularan pandemik Covid-19, pemakaian pelitup muka di sekolah adalah sangat digalakkan. Pemakaian pelitup muka merupakan antara pencegahan awal di peringkat sekolah bagi membendung wabak ini di kalangan pelajar.









    Back News & Events