Penyerahan kali ini dibuat di daerah Port Dickson dan Bahau,Negeri Sembilan. Secara keseluruhan , penyerahan bantuan ini telah berjaya diagihkan kepada 14 buah keluarga dan melibatkan 50 pelajar berumur lingkungan 7 tahun sehingga 16 tahun di beberapa daerah di Negeri Sembilan.
Bantuan kelengkapan sekolah yang disumbangkan termasuk dua pasang baju sekolah, stokin,kasut, alat tulis, bag sekolah sumbangan Mydin Seremban 2 serta dana berjumlah RM2,000 sumbangan Doktor Pakar KPJ Seremban kepada anak -anak ini.
Moga bantuan ini dapat meringankan bebanan keluarga yang terlibat bagi penyediaan persekolahan yang akan dibuka nanti