• KPJ News


    Ruam Kanak-kanak

    08:31AM, 08 July, 2020


    RUAM KANAK-KANAK


    Ruam merupakan masalah biasa dalam kalangan kanak-kanak. Kami kongsikan sedikit informasi berkenaan dengan ruam. Terdapat pelbagai jenis ruam termasuklah:


    1. Ruam Panas.

    2. Ekzema (Inflamasi kulit secara superficial)

    3. Kaligata (Urticaria)

    4. Ruam alahan.

    5.Kontak dermatitis

    6. Jangkitan kulat seperti panau dan kurap

    7. Jangkitan seperti demam disebabkan virus, campak, rubella, virus yang tidak khusus dan demam denggi.

    8. Ruam lampin.

    9. Sengatan dan gigitan.


    Bagaimanakah ruam boleh dicegah?


    - Bagi mereka yang menghidapi alahan pada kulit, cuba untuk jauhi daripada bahan-bahan yang menyebabkan alahan. Contohnya jika anda mempunyai alahan terhadap kacang, kenalpasti makanan-makanan yang mempunyai kacang sebagai bahan makanan tersebut.


    - Bagi ekzema, elakkan guna sabun kerana akan menyebabkan kulit menjadi kering. Gunakan pelembab seperti losyen atau bahan berminyak untuk memastikan kulit kekal lembab.


    - Gunakan pakaian yang nipis bagi mengurangkan risiko ruam pada bayi.


    Ibu bapa boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kanak-kanak untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan bagaimana untuk merawat ruam dalam kalangan kanak-kanak.


    Atau boleh tetapkan temujanji dengan pakar kanak-kanak kami dengan klik di bahagian 'Find Doctors'



    Back News & Events