• KPJ News


    Tanda-Tanda Kesihatan Anda Di Tahap Membimbangkan

    08:31AM, 16 July, 2020


    Bercakap mengenai kesihatan mental, adalah amat membimbangkan apabila semakin banyak kes gangguan mental dilaporkan di Malaysia sejak akhir-akhir ini.


    Ini menunjukkan betapa pentingnya diagnosis awal dan rawatan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Menurut Dr Wong Kit Chan, Pakar Psikiatri KPJ Seremban Specialist Hospital, penyakit mental terdiri daripada pelbagai jenis seperti skizofernia, kemurungan dan bipolar.


    Skizofrenia

    Berlaku apabila individu berhadapan masalah halusinasi. Pesakit sering merasakan atau mendengar sesuatu bisikan. Apabila ini berlaku, pesakit tidak boleh menumpukan perhatian atau fokus kepada kerja. Mereka semakin terkean apabila 'suara-suara' tersebut semakin jelas kedengaran.


    Kemurungan

    Lazimnya dihadapi wanita terutama mereka yang sibuk bekerja di pejabat dan menguruskan keluarga di rumah. Kemurungan keterlaluan juga dihidapi wanita selepas bersalin, terutama apabila tidak mendapat dorongan atau sokongan dari kenalan rapat seperti suami atau ibu bapa. Kemurungan juga boleh berpunca dari pelbagai sumber dan tidak semestinya wanita yang mengalami kemurungan.


    Bipolar

    Dipercayai disebabkan pelbagai faktor yang bertindak bersama lalu mencetuskan masalah pada otak. Ia dikaitkan dengan keturunan terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami bipolar. Penyakit ini turut menyebabkan perubahan emosi seperti sedih dan gembira secara tiba-tiba.


    Jika anda atau orang terdekat mempunyai tanda-tanda seperti yang diterangkan di atas, dinasihatkan untuk segera dapatkan nasihat daripada pakar berkaitan. Usah malu jika dilabel tidak waras, tetapi pertimbangkanlah masa depan keluarga terdekat, kerana kesihatan mental adalah kunci kesejahteraan hidup.


    KPJ Seremban Specialist Hospital kini mempunyai dua Pakar Psikiatri yang boleh anda rujuki untuk mendapatkan rawatan susulan.


    1. Dr Wong Kit Chan: Isnin (8.30 pagi - 5.00 petang)

    2. Dr M Selvi : Sabtu (8.30 pagi - 12.30 petang)


    Untuk temujanji, sila klik di bahagian 'Find Doctor'



    Back News & Events