• KPJ News


    Anak Sakit Jantung Berlubang

    08:39AM, 08 September, 2023



    JANTUNG adalah satu organ yang sangat ajaib dan mempunyai peranan yang sangat penting untuk manusia.

    Ia berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh anggota badan dan membekalkan oksigen kepada sel-sel tubuh.

    Apabila jantung berdepan dengan kerumitan, ia akan memberi impak yang bukan biasa-biasa kerana boleh meragut nyawa manusia sekelip mata.

    Sebarang ketidaksempurnaan pada strukturnya boleh mengakibatkan masalah jantung kongenital. Antaranya seperti jantung berlubang.

    Bukan hanya kanak-kanak, orang dewasa juga boleh alami penyakit jantung berlubang.

    Dr. Zarin Ikmal Zan Mohd Zain, Pakar Kanak-Kanak & Jantung Kanak-Kanak, KPJ TWKL berkata, "Salah satu rawatan terbaharu untuk masalah jantung berlubang adalah kaedah trans-catheter yang menggunakan kateter atau tiub untuk menutup lubang pada jantung dengan alatan khas."

    Artikel penuh:
    https://sinarplus.sinarharian.com.my/.../bukan-hanya.../



    Back News & Events