• KPJ News


    Mastitis atau Kanser?

    09:25AM, 23 February, 2024


    ADAKAH payudara anda terasa sakit atau panas apabila disentuh atau ketika menyusukan bayi?
    Adakah payudara anda berasa gatal-gatal, kemerahan, mengalami bengkak atau mempunyai benjolan serta berasa sakit?
    Jika ada mengalami simptom berkenaan, jangan berlengah untuk berjumpa pakar kerana payudara anda mungkin mengalami mastitis.
    Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang biasanya disebabkan oleh jangkitan.
    Pakar Bedah Am, Payudara dan Endokrin, Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL, Dr Nor Safariny Ahmad berkata, mastitis boleh berlaku kepada ibu yang menyusukan bayi disebabkan saluran susu tersumbat dan susu tidak dapat mengalir sepenuhnya dari payudara.



    Back News & Events