Sendi Bahu Membeku

Ia turut dikenali sebagai 'frozen shoulder' iaitu keadaan di mana seorang pesakit mengalami pengurangan pergerakan bahu secara keseluruhannya dan kesakitan. Malah turut dikaitkan keadaan di mana tisu penghubung sendi bahu mengalami proses keradangan, penebalan dan ketegangan.
“Kebanyakan kes berlaku secara tiba-tiba dengan tiada sebarang punca diketahui (idiopathic). Bagaimanapun, ada beberapa penyakit yang dikenal pasti ada kaitan dengan masalah itu seperti diabetes, penyakit tiroid, penyakit 'autoimun' dan angin ahmar.”Kata Pakar Bedah Ortopedik, Trauma, Sendi dan Sukan, Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur, Dr Sivalingam Raja Gopal.
Article penuh: https://www.hmetro.com.my/WM/2022/06/851327/sendi-bahu-membeku