• KPJ News


    Sindrom Kematian Mengejut

    05:42PM, 08 January, 2024


    Sebahagian besar kes Sindrom Kematian Mengejut Golongan Dewasa (SADS) dalam kalangan mereka berusia 40 tahun dan ke bawah berkait dengan jantung.
    Pakar Perunding Kardiologi KPJ TWKL, Dr Zul Hilmi Yaakob menolak anggapan sukan ekstrem yang dilakukan oleh golongan berkenaan menjadi punca utama kepada SADS.
    Katanya, SADS boleh disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk disebabkan gangguan genetik.
    Boleh dibahagikan kepada dua kategori, bagi mereka yang berusia bawah 35 tahun, penyebab utama berlaku sindrom mungkin disebabkan otot jantung tebal atau otot jantung bengkak dan lemah.
    Selain itu ia juga boleh disebabkan masalah jantung kongenital seperti Sindrom QT Panjang atau gangguan irama jantung seperti sindrom Brugada (masalah genetik yang menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur).
    Bagi individu yang berusia 35 tahun ke atas pula, kebanyakan kes membabitkan peringkat usia ini disebabkan serangan jantung. Ini berlaku disebabkan salur darah jantung (koronari) tersumbat.



    Back News & Events