• KPJ News


    Syndrom Ramsy Hunt Penyakit Jarang Jumpa

    09:49AM, 27 June, 2022


    SINDROM RAMSAY HUNT (RHS) sejenis penyait jarang jumpa malah ramai yang tidak tahu ia berpunca daripada virus sama yang menyebabkan penyakit cacar air atau chicken pox yang kembali aktif selepas berdekad lamanya.


    RHS adalah komplikasi dari jangkitan virus varicella-zoster iaitu virus sama yang menyebabkan cacar air pada kanak-kanak dan kayap (herpes zoster) pada orang dewasa.  


    "Dalam kes sindrom RHS, virus varicella-zoster yang tidak aktif sebelum ini, diaktifkan semula dan merebak sehingga menjejaskan saraf muka dan mengakibatkan keradangan pada saraf muka, sakit telinga dan ruam pada telinga atau mulut." Dr Tengku Ezulia Tengku Nun Ahmad, Pakar Bedah Otorhinolaryngologi, Kepala dan Leher, Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL.



    Back News & Events